
Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat dan hingus yg sedikit
Saya berumur 42 tahun, saya mengalami masalah hidung tersumbat sejak 2 minggu lpas. Hingus ade sedikit, kadang2 tiada lansung. Hingus pula kdang2 warna kuning, hijau atau putih, pekat. Saya tidak bersin, tidak batuk atau tak sakit tekak. Saya boleh bernafas spt biasa, cuma rase tidak selesa kerana hidung tersumbat.kadang2 saya rase hidung saya berbau kurang enak. Adakah saya mempunyai masalah resdung, saya tidak pernah mengalami sebelum ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah hidung anak anda sering tersumbat boleh disebabkan faktor alahan pada seperti:
- Debu
- Jangkitan selesema
- Ketumbuhan poilp dalam hidung
- Resdung.
Untuk merawat masalah yang dialami anak anda, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.