Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat Dan lelah
Hai doktor, saya Ada masalah sesak nafas Dan tersumbat d bahagian hidung. Saya dah beberapa Kali pergi ke klinik dan pihak doktor dah bagi ubat clonazepam 0.5mg, darah tinggi jenis metoprolol 100mg. Tapi perubahan dia sekejap hilang lepas tu datang balik lelah saya tu. Sehingga semalam saya pergi lagi Dan d beri lagi ubat Triprolidine 2.5mg Pseudoephaed 60 m g.dan ubat darah tinggi lagi iaitu hovasc 5mg.lepas saya makan Ni tersumbat d hidung saya Ada hilang sedikit tetapi lelah saya tu masih jugak hilang datang. Macam Mana saya nak mengatasi masalah saya tu ya doc lelaki berumur 41 tahun. Saya mengalami hidung tersumbat Dan lelah… saya dah pergi
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Polip di dalam hidung
- Serangan asma
- Sinusitis
- Allergic rhinitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































