
Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat dan selsema
Saya berusia 27 tahun, bekerja sebagai kerani di sebuah bengkel lori.
Saya ada masalah resdung atau alahan terhadap seafood (yang lama, seafood fresh tak ada masalah). Sebelum ni, seminggu sekali sy wajib akan selsema. Tetapi sejak sebulan yang lepas, saya perasan saya kerap selsema dan hidung tersumbat teruk. Pada sebelum ini, selsema hanya sehari dan pada keesokkan hari akan pulih seperti biasa. Tetapi sekarang menjadi 2 hingga 3 hari untuk pulih.
Apabila cuaca bertukar menjadi sejuk, sy akan lebih kerap selsema dan hidung tersumbat teruk sehingga sesak nafas.
Sehari kuantiti air saya minum 2 hingga 3 liter Sehari

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang mengenai masalah hidung tersumbat dan selsema. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Sinusitis
- Rhinitis
- Polyp hidung
- Ketumbuhan
- Septum deviation
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.