Sulit
3 tahun
Hidung Tersumbat dan tidak boleh dihembus secara tiba-tiba
Saya seorang remaja lelaki berumur 20 tahun. Pada hari ini lebih kurang jam 12.30 AM hidung saya secara tiba-tiba tersumbat dan tidak boleh dihembus. Selepas itu tekak saya menjadi tidak selesa dan gatal rasa seperti hampir nak batuk. Batang hidung saya juga rasa ngilu hingga ke pangkal mata. Ketika ini saya berasa panik dan sesak nafas. Masalah ini membuatkan saya takut untuk tidur kerana sukar untuk bernafas. Saya juga ada masalah resdung dan ini kali pertama saya merasakan gejala seperti ini. Soalan saya, jika berlaku perkara sedemikian apakah yang saya hendak lakukan ketika di rumah DR? Dan adakah symtom tersebut boleh menyebabkan perkara yang lebih teruk? Saya juga kerap gastrik dan angin dari perut mengganggu saya pada malam hari. Terima Kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang sinus (sinusitis)
- Radang tonsil
- Radang faring
- Bendasing di dalam saluran pernafasan
- Hingus yang terlalu tebal sehingga menyukarkan pernafasan
- Obstructive sleep apnea; keadaan ini menyebabkan seseorang susah untuk bernafas semasa tidur
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor segera untuk dibuat pemeriksaan kerana anda menyatakan ia mengganggu pernafasan anda. Perkara ini perlu diberi perhatian dan disiasat supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan boleh diberikan secepat mungkin.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.