farneena99
6 tahun
Hidung tersumbat, hilang deria rasa
Salam. Saya bru 2 minggu selesai menjalani laparascopic kerana ada cyst. Smasa recovery d ot, sy muntah dlm keadaan xsedar dan byk muntah masuk ke dalam hidung shingga menyebabkan hidung saya tersumbat dan hilang deria rasa .doktor memberi sy loratadine dmakan seminggu namun tiada perubahan ,sy bertukar kpd clarinase juga tiada perubahan. Ini sgt mengganggu rutin saya, kehilangan berat badan kerana tiada selera makan, kerap pening kepala dan terasa suffocating d dada / hidung. Tolong bantu saya. Sy ada sinusitis jg.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan cik, masalah cik ini mungkin disebabkan oleh punca dari muntah dalam keadaan yang tidak sedar. Namun begitu hidung tersumbat boleh terjadi disebabkan pelbagai perkara. Antaranya :
- Gejala flu
- Sinusitis
- Allergi
- Polip dalam hidung
- Asma
Untuk mendapatkan rawatan selanjutnya kami memerlukan beberapa maklumat tentang kesihatan anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































