
Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat/ tidak selesa ketika bernafas
saya tak pernah amik vit.c sebelom ni …bila saya amik vit.c + bioflavonoid dalam 3x pengambilan then saya terus hidung tersumbat …persoalanya adakah terjadi nya alergik( alahan ) dan doc boleh bagi tips untuk kembali reda .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, hidung tersumbat boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya alahan pada bioflavonoid, keradangan resdung, jangkitan dan lain.
Sekiranya ia adalah disebab oleh alahan pada bioflavonoid, anda perlulah hentikan pengambilan supplement tersebut. Bioflavonoid adalah supplement diasal dari debunga dan sesetengah orang mempunyai alahan pada debunga akan bergejala seperti hidung berair, bersin, ruam, gatal, sukar bernafas, bengkak dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.