
Sulit
3 tahun
Hilang deria rasa di bahagian depan lidah
lelaki- 28 tahun. vaccine first dose az pada 4/7.
hari jumaat lepas saya mengalami kehilangan deria rasa, tetapi hanya di bahagian depan lidah sahaja. semua makanan yang saya makan ada rasa di hujung2 tekak. ujian covid saya negatif. tiada symptom lain. sampai sekarang deria rasa saya di depan lidah masih hilang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang berlaku selepas penerimaan vaksin. Jangan khuatir, kami akan membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda untuk merujuk doktor supaya mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini