
Sulit
5 tahun
Hilang selera makan overthingking
hi saya lelaki berumur 32 tahun.apabila perintah pkp ni saya duduk dirumah dan hilang selera makan dan banyak berfikir overthinking.kadang kadang hati menjadi gelisah bila terlamapau banyak berfikir sampai hilang selera makan.kerana x makan kadang2 rasa nk muntah angin…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Adrenalin “rush” dari aktiviti fizikal
- Kurang darah merah
- Asma
- Penyakit tiroid
- Penyakit keresahan (“Anxiety Disorder”)
Masalah “Anxiety Disorder” adalah penyakit yang memerlukan penilaian khusus oleh pakar psikiatri kerana rawatannya juga adalah khusus serta berasaskan individu. Sekiranya anda berasa perkara ini berlanjutan serta mengganggu hidup anda, anda boleh berjumpa dengan kaunselor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap secara privasi. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.