
Sulit
3 tahun
Hilang separuh dari ingatan
saya wanita 31 tahun. saya telah berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai 3 orang anak. pada march 2020, suami saya telah ditangkap dan sekarang masih berada di penjara dan kami bercerai di penjara. sejak dari itu saya berpindah dari rumah itu dan meneruskan kehidupan saya. saya telah menghantar anak anak ke kampung kerana saya ingin fokus kepada pengajian PH.D saya. saya banyak berkawan dengan orang yang baru semenjak berpindah dan bertukar pekerjaan. kini, setahun sudah saya bertukar kehidupan yang baru. Tetapi, pada bulan ini, dua kali telah terjadi kejadian yang pelik kepada saya. ketika saya dalam pejalanan pulang ke tempat kerja, saya tiba tiba lupa di mana saya tinggal,dan saya memandu kereta daripada mana. saya memberhentikan kereta saya di tepi jalan dan menghubungi suami saya tetaspi tidak diangkat. kemudian saya menelefon ibu saya.dan ibu saya memebritahu kepada saya bahawa suami saya di penjara. ibu saya meminta kawan baru saya untuk datang mengambil saya tetapi saya menolak kerana saya tidak kenal kepada kawan baru itu walaupun kami sudah hampir 4 bulan bersama. dalam kejadian itu, saya tidak kenal kepada semua orang baru yang hadir dalam hidup saya selepas saya bercerai dan berpindah. semua perbualan whatsaap saya kepada kawan kawan baru dan boss baru dalam handphone saya seolah olah janggal kepada saya. saya tidak dapat ingat rumah baru saya dan tempat kerja baru saya. yang ada pada saya cumalah memori lama sebelum bercerai dan berpindah. saya juga tidak ingat bahawa saya sudah bercerai dann suami saya sekarang berada di penjara sehinggalah keluarga saya mmeberitahu perkara sebenar kepada saya.keesokan harinya baru semuanya menjadi seperti biasa. perkara ini telah terjadi dua kali. saya risau seandainya ianya berulang lagi. kejadian ini telah diceratakan kepada saya oleh ibu saya dan kawan saya yang datang membantu saya tempoh hari. saya minta jasa baik Dr. untuk terangkan apa yang berkemungkinan terjadi kepada saya. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda dihadapi. Namun begitu, masalah yang anda hadapi adalah kompleks dan memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan serta ujian tertentu juga mungkin diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Biasanya masalah ingatan atau sebarang masalah berkaitan otak lebih difahami oleh doktor pakar otak dan saraf atau dipanggil neurologist. Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada pakar otak agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Buat masa ini saya sarankan anda untuk mengurangkan dan elakkkan diri daripada tekanan. Terdapat beberapa cara lain yang boleh untuk dilakukan untuk mengurangi stres anda. Antaranya:
- Melakukan aktiviti kerohanian
- Mengadakan senaman secara berkala
- Mempraktikkan pengamalan tidur yang baik (sleep hygiene).
- Berjumpa dengan pakar kaunseling
- Mengamalkan pemakanan yang sihat
Terdapat pelbagai maklumat yang perlu dipertimbangkan sebelum mendapatkan kesimpulan dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.