
Sulit
5 tahun
Hingus baby keluar sekali dengan darah
Umur anak saya setahun 3 bulan… Die dmm berserta ngn batuk n selsema… Soalan saya, adakah bahaya hingus anak saya keluar sekali ngn drh… Ms die bersin keluar hingus ngn drh… Adakah bahaya dr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kanak-kanak masukkan benda asing ke dalam lubang hidung dan menyebabkan trauma.
- Kanak-kanak korek hidung juga boleh menyebabkan trauma pada kulit.
- Batuk terlalu kerap dan menyebabkan trauma pada kerongkong.
- Termakan makanan yang tajam seterusnya menyebabkan kecederaan pada kerongkong.
Anda disarankan untuk membawa anak anak ke hospital untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.