Sulit
3 tahun
Hipertiroid dan sakit tulang belikat
Sy pnderita hiprtiroid sering mengalami sakit tulang belikat dn rsa tdk selesa kerana byk sakit yg dirasai?adakah ini normal bg pnghdp hipertiroid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu sakit tulang belikat. Walaubagaimanapun, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda sebelum kami membuat kesimpulan tentang punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi. Namun begitu, untuk pengetahuan anda, hipertiroid boleh mendatangkan beberapa komplikasi sekiranya tidak dirawat. Beberapa komplikasi adalah seperti berikut :
- Masalah jantung : akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
- Masalah tulang rapuh akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium
- Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit Grave
- “Thyroid storm”
Gejala sakit tulang belikat yang anda alami harus perlu diperiksa lebih lanjut oleh doktor kerana mungkin menjadi salah satu petanda komplikasi tersebut. Semakin cepat rawatan dilakukan, maka semakin banyak komplikasi yang dapat dicegah.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Selesaikan masalah tiroid anda dengan Pakar Yang Bertauliah !