
Sulit
3 tahun
Hipertiroid positive covid
Saya lelaki berumur 22 tahun saya mengambil ubat carbimazole 4 tablet sehari dan juga ubat coralan 1 tablet 2 kali sehari sejak akhir ni dengupan jantung saya meningkat 130 min dan kadang kala spo% saya turun sampai 80 dan beberapa ketika spo saya akan normal kembali adakah perlu saya berjumpa doktor dengan keadaan saya alami ini ini keraan saya masih dlm kurantine

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah jantung berdebar anda dan anda juga merupakan pesakit COVID-19, kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala degupan jantung laju boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang darah merah (anemia)
- Membuat aktiviti yang terlalu berat
Namun, gejala ini juga boleh menandakan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Penyakit lemah jantung
- Masalah endokrin seperti hipertiroid
- Masalah psikologi seperti panik dan anxiety
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini