
noraainaty
5 tahun
Hives/urticaria/rashes
Saya wanita berumur 26 tahun. Saya dah bertahun mengalami benda ni. Trigger kpd hives sy biasanya bila sy terdedah pd panas, anxiety, stress, atau apa² yg menyebabkan body temperature sy naik. Even bila sy duduk lama, paha & blkg badan sy akan naik rashes. Kalau makanan, sy sedia maklum sy alah pada udang dan ketam shj. Tp, dah dlm 6 bulan ni sy perasan, setiap kali lepas sy makan, especially after dinner around 8pm, sy akan break out with hives satu badan. Everyday mcm tu. Waktu lunch xde la teruk sgt. Just naik rashes yg kecil² tp x mengganggu tugas sgt. After dinner tu biasanya dia naik teruk. Rasa mcm demam je. Esok pagi tu, ok balik. Pastu, sy pun selalu kena ulcer bibir n lidah. Apa yg boleh sy buat ya utk kurgkan dtgnya hives ni? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan faktor yang anda telah nyatakan.
Anda disarankan:
- mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan masalah kulit anda
- menggunakan antihistamine bagi mengelakkan kegatalan.
Walaupun ubat ini boleh didapati di farmasi, saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut tentang keperluan untuk anda mengambil ubat ini. Terima kasih.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.