Anonymous
6 tahun
Hormon dan fibroadenoma
Saya wanita berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Pada tahun lepas, saya telah didiagnos mempunyai fibroadenoma di payudara kanan setelah mengalami kesakitan yang luar biasa. Saya juga telah menjalani pembedahan untuk membuang ketulan tersebut. Namun begitu, pada payudara kiri masih terdapat ketulan-ketulan kecil seakan-akan cyst. Saya akan kembali untuk membuat ultrasound pada hujung tahun seperti yang telah dijadulkan.
Soalan saya:
Adakah terdapat pil hormon yang boleh menstabilkan hormon yang boleh saya ambil? Di mana boleh saya mendapatkannya?
Apakah kebarangkalian untuk saya mendapat masalah fibroid/cyst?
Apakah cara-cara untuk mengecutkan ketulan secara alami (sebagai ikhtiar)? Adakah benar pengambilan keladi tikus dapat melenyapkan masalah ini?
Mohon pencerahan.
Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, fibroadenoma adalah sejenis ketumbuhan payudara yang tidak merbahaya. Ia dipanggil “benign breast lesion” dimana ketumbuhan ini tidak membesar, merebak atau mengganggu struktur payudara anda atau bahagian tubuh yang lain.
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti tempoh ketulan , sejarah keluarga barah payudara dan sebagainya sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
































