Sulit
2 tahun
Hospital sahkan saya emosi dan gerd
Saya ade masalah bila berjalan,buat kerja,makan. Dada rasa xselesa.(dulu angin penuh kat dada). Mcm2 saya fikirkan. Rasa mcm emosi saya yg xsehat.td mak saya kejutkan saya,rasa xselesa didada.saya baring bertenang diri baru dada tu selesa balik. Saya telah pergi ke hospital, doktor bagi saya ubat escitalopram 10mg dan alprazolam 0.5mg.boleh saya tahu dua2 ubat ni ubat ape ye? Sesuai ke tok saya makan? Buat masa skrg saya hanya makan ubat pantoprazole sandoz 40mg shj(ubat gastrik).
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang ubat yang diberikan oleh doktor anda dan sama ada ianya sesuai atau tidak untuk anda. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, setiap ubat yang diberikan oleh doktor adalah sesuai untuk pesakit. ianya hanya diberikan selepas menimbang tara keperluannya dan kebaikannya terhadap pesakit. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mematuhi arahan doktor dan mengambil ubat yang disarankan dengan patuh untuk membantu dalam rawatan anda.
Ubat escitalopram dan alprazolam kedua-duanya berfungsi untuk membantu regulasi bahan kimia di dalam otak anda agar gejala-gejala berkaitan emosi anda boleh dikawal dan beransur pulih. Oleh itu, ikut nasihat doktor anda dan jangan meninggalkan atau tidak mengambil ubat yang disarankan dengan sengaja.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik link ini untuk bercakap dengan doktor secara atas talian.