
abbynorish62
4 tahun
Hospital untuk rawatan dan saringan covid 19
Saya ingin tahu adakah senarai hospital yang membuat saringan dan rawatan untuk covid 19 semakin bertambah mengikut fasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, berikut adalah senarai hospital yang melakukan saringan kesihatan dan rawatan pesakit dalam bagi kes positif COVID-19 ( Designated Hospital for COVID-19 ).
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home .
Anda boleh mengetahui risiko anda dengan melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia ( COVID-19 Portal ) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini