
Sulit
4 tahun
Hubungan intim bersama suami yang baru recover sari Covid
Hi Dr. Saya nak tanya. Adakah bahaya melakukn hubungan intim bersama suami yg baru recover dari Covid-19?
Bermula bergejala pada 29 Jan 2021. Dan disahkan positif pada 1 Feb 2021. Telah menjalankan kuarantin kendiri bermula 30 Jan 2021. Dan tamat tempoh kuarantin oleh KKM pada 10 Feb 2021.
Dan Berapa lamakah tempoh yang sesuai?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana atas soalan yang diajukan.
Kami faham kemuyskilan anda pada masa ini. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan berkenaan hubungan seksual untuk pesakit COVID-19. Pakar berpendapat pasangan atau pesakit COVID-19 yang telah bebas daripada kuarantin perlu mengelakkan diri dari melakukan sebarang hubungan seksual dalam tempoh 30 hingga 34 hari kerana virus masih terdapat di dalam badan dalam tempoh masa tersebut dan ia boleh menjadi sumber jangkitan. Virus boleh berada di dalam mukosa hidung dalam tempoh masa 9-10 hari dan sehingga 20 hari di dalam najis.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Oleh itu, seeloknya hubungan seksual harus dielakkan buat tempoh masa yang disebut di atas sebagai langkah berjaga-jaga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini