
Sulit
3 tahun
Hujung mata berdenyut
Saya berumur 21 tahun. Saya merasakan hujung mata saya berdenyut tetapi tidak sakit, dia hanya berdenyut kecil sekali dua kemudian hilang. Denyutan itu kerap berlaku dalam sejam mungkin 7,8 kali sejak semalam dan kerap terjadi di hujung sebelah kiri kelopak mata saya. Apakah simptoms ini ya doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah hujung mata berdenyut. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Keletihan dan kepenatan
- Terdedah kepada cahaya terlalu lama
- Kurang rehat dan tidur
- Pengambilan kafein
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Radang sinus
- Migrain
- Optic neuritis
- Glaucoma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.