
Sulit
4 tahun
Hye Dr. Tolong saya. Saya ada masalah dengan Lelangit bengkak. Tak pernah muncul sebelum ni. Sakit gigi biasa je. Kali ni lelangit bengkak. Harap Dr suggestkan ubat apa perlu saya ambek di farmasi
Sy wanita usia 24 tahun. Msuk harini sudah hari ketiga lelangit saya bengkak. Sebelum nya saya sakit gigi depan dan demam. Sy makan paracetamol 500mg dan demam saya hilang sakit gigi pun surut. Yang belum surut adalah lelangit lembut saya. Pkara ni sukarkan saya untuk makan mcm biasa. Ada ubat tak di farmasi untuk hilangkan bengkak pada lelangit saya ni?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala lelangit bengkak boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- infeksi bakteria
- penyumbatan saluran kelenjar
- komplikasi penyakit di bahagian oral (i.e. sinusitis, rhinitis, gigi berlubang, dll.)
- perdarahan
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Buat sementara waktu anda boleh:
- makan ubat tahan sakit sekiranya perlu
- menempelkan ais (dibaluti kain atau plastik) pada daerah yang bengkak atau sakit
- berehat
Anda disarankan agar terus klinik atau hospital yang berdekatan sekiranya:
- gangguan bernafas
- sakit bertambah / melarat / semakin meluas / tidak berkurangan
- terdapat luka atau perdarahan
- pening kepala / mual
- rutin harian terganggu
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.