Sulit
5 tahun
Hypertension dan depress
Saya rasa sakit kepala, bila ada masalah nafas laju, saya juga depresi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami pada masa ini. Namun begitu, berdasarkan kenyataan yang anda berikan di ruangan soalan, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengenalpasti masalah yang anda sedang alami. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian seperti:
- Migrain
- Darah tinggi
- Masalah psikiatri: Anxiety atau kemurungan (depression)
- Tidak cukup rehat
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda boleh mencuba beberapa teknik berikut untuk mengatasi masalah sakit kepala dan nafas laju anda:
- Mendapatkan tidur dan rehat yang cukup
- Bersenam; aktiviti ini dapat mengekalkan tahap kesihatan anda
- Mengambil makanan yang seimbang
- Melakukan latihan pernafasan untuk mengawal masalah nafas laju atau sekiranya anda diserang oleh anxiety dan panik
- Meluangkan masa dengan membuat aktiviti yang mendatangkan mood gembira terhadap diri anda
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Sekiranya keadaan anda bertambah teruk walaupun telah mengamalkan teknik-teknik di atas, kami sarankan anda untuk berjumpa doktor dengan kadar segera untuk siasatan lanjut dan rawatan susulan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan masalah anda, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.



































