Sulit
3 tahun
Hypertiroid
Saya wanita dalam 30’an . Saya ada penyakit Hypertiroid . Tp masalah yg sy alami sekarang bila sy berdiri @ kerja ringan degupan jantung sy laju dr biasa,bila tarik nafas terasa sempit dan sakit dada dalam masa yg sama sy berpeluh dan kurang selera makan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah hipertiroid yang anda alami sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, rawatan yang digunakan untuk masalah hipertiroid terdiri daripada bahan yang menghalang tiroid kita untuk merembeskan hormon tiroid yang menjadi punca atas simptom-simptom yang anda alami. Namun, rawatan tersebut juga adalah berbagai dan bergantung kepada jenis masalah tiroid yang anda hadapi.
Untuk makluman anda, perasaan gelisah dan degupan jantung laju merupakan salah satu gejala yang dihadapi oleh pesakit hipertiroid. Untuk mengatasinya, anda boleh melakukan latihan pernafasan untuk melegakan keresahan dan kegelisahan anda. Selain itu anda juga digalakkan untuk perbanyakkan berehat bagi mengurangkan gejala ini.
Masih gusar dengan masalah tiroid anda? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Sekiranya masalah keresahan anda menjadi semakin teruk dan mempunyai jantung berdebar, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk rawatan susulan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.