Anonymous
3 tahun
Hypothyroidism disease
Saya lelaki 30 an. Saya mengalami hypothyroidism. Dari badan berisi ke kurus kesan penyakit ini. Bagaimana cara nak mengatasi doktor? Adakah air kelapa dapat merawat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Walaupun untuk kebanyakan pesakit, tiada sebab-sebab spesifik yang dapat dikesan, masalah ini biasanya boleh disebabkan oleh:
- Hashimoto’s thyroiditis’ adalah penyebab spesifik hipotiroidisme yang paling kerap di mana kelenjar tiroid mungkin membengkak pada permulaannya tetapi apabila penyakit ini berlanjutan, ia akan memusnahkan kelenjar tiroid dan mengakibatkan hipotiroidisme.
- Ubat-ubatan seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlampau aktif, ubat ‘lithium’ yang digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa, dan ubat ‘amiodarone’ yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.
- Pembedahan dan pembuangan kelenjar tiroid.
- Radiasi ke atas kelenjar tiroid yang lampau.
- Penyakit ke atas kelenjar hipothalamus atau kelenjar pituitari (jarang-jarang berlaku).
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Oleh kerana belum ada penyelidikan yang kukuh mengenai air kelapa sebagai rawatan untuk masalah hipotiroid, anda disarankan untuk berunding dengan doktor anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.