Sulit
4 tahun
Ibu bapa positif beberapa hari lalu dan diarahkan untuk ke tempat swab test untuk mengambil gelang kuarantin
Bapa dan Ibu saya disahkan positif beberapa hari lepas dan masing-masing berumur lewat 50an sekarang kuarantin di rumah dan pihak KKM akan mengambil mereka untuk dibawa ke PKRC. Harini anggota KKM, menelefon bapa saya suruh ke tempat swab test untuk ambil gelang kuarantin. Adalah berisiko kepada pihak lain terutamanya kanak-kanak, orang tua, individu yang mempunyai penyakit kronik sekiranya orang tua saya mengambil gelang kuarantin di tempat swab test. Risiko melibatkan orang sekeliling sepanjang tempoh perjalanan orang tua saya dari rumah ke tempat swab test ambil gelang. Mohon penjelasan doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, penghadiran di pusat awam dan kontrak rapat adalah berisiko untuk menyebarkan jangkitan kepada orang lain. Oleh itu, pastikan bapa dan ibu anda mengikuti SOP dengan tegas semasa ambil gelang kuarantin tersebut untuk mengurangkan risiko penyebaran sebanyak mungkin. Sila pakai mask, jarakkan diri dengan orang lain dan rajin cuci tangan, dan terus balik rumah menjalani kuarantin seperti diarahkan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































