
Sulit
4 tahun
Ibu hamil susah buang air besar
Hi sy 20 an … sy baru pregnant second baby dalam 6 week macam tu … sy memang dari dulu susah nak buang air besar … sblom pregnant sy ambil ubat NOVOLAX untuk senang buang air besar … boleh ke sy ambil ubat NOVOLAX ketika pregnant ? Ada infeck apa2 tak dekat baby?? Terima kasih dr

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ubat yang anda nyatakan, beberapa pakar berpendapat bahawa ubat ini tidak patut digunakan untuk ibu yang sedang hamil pada trimester pertama dan kegunaan yang berterusan sewaktu hamil tidak digalakkan. Saya sarankan anda, untuk ke klinik berdekatan untuk mendapatkan ubat yang lebih sesuai untuk masalah anda kerana beberapa maklumat tentang latar belakang kesihatan anda perlu diperolehi sebelum kami boleh memberikan kesimpulan untuk rawatan anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.