Sulit
4 tahun
Ibu hamil tumbuh gigi
Saya wanita berumur 18 saya sedang hamil baru baru ini gigi saya paling belakang tumbuh semakin hari semakin sakit dan susah makan, gusi bengkak dan luka , apa yg saya perlu buat dan gigi apa yg baru tumbuh ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang puan ajukan.
Untuk makluman pihak anda, sakit saat pertumbuhan gigi bongsu boleh disebabkan oleh:
- posisi gigi yang horizontal atau senget berbanding gigi lain
- ada sista di tepi daerah pertumbuhan gigi
- lapisan gusi tebal menyebabkan gigi bongsu sukar tumbuh
- pertumbuhan gigi bongsu menekan saraf disekitar mulut
Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Kami tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Disarankan untuk anda segera ke klinik gigi untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.




























