
Sulit
3 tahun
Ibu mengandung terkena virus kucing
terlalu baynk lendir busuk keluar, bekas jari yg terkena cakar kucing sedang bernanah dan merebak hingga ketiak…
sedang makan antibiotik dari doctor… yang merisaukan sekarang bayi dalam kandungan.
sekiranya ibu dalam permerhatian doktor…adakah dapat mengelak dari masalah besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ibu anda diberi antibiotic untuk mengelakkan daripada timbulnya jangkitan dalam ataupun luar badannya. Ini adalah normal. Dengan mengambil antibiotic yang diberikan, ianya akan mengelak kan sebarang masalah besar daripada berlaku.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor atau pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan