Sulit
5 tahun
IBU menyusu perlukah ambil vaksin
Hai doc.anak sya skrg umur sdh 2thun lbh.msh menyusu bdan.adakah sy perlu mengmbik vaksin covid 19.thank u
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, ibu yang sedang menyusukan anak menggunakan susu adalah dikecualikan daripada program vaksinasi yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disebabkan data yang ada berkenaan ibu menyusu adalah amat terhad berkenaan keselamatan dan keberkesanannya. Saranan kami adalah anda teruskan menyusu anak anda buat masa ini.
Selepas anak anda putus susu dan menggunakan susu formula sepenuhnya, anda boleh mengemaskini butiran peribadi anda dan mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Secara ringkas, berikut merupakan beberapa kriteria pengecualian penerimaan vaksin COVID-19 pada seperti yang telah digariskan di dalam garis panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:
- Pernah disahkan positif COVID-19
- Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin sebelumnya
- Mempunyai sejarah alahan terhadap bahan yang digunakan di dalam vaksin
- Mempunyai reaksi alahan setelah menerima suntikan dos pertama COVID-19
- Golongan ibu hamil dan menyusukan anak
- Golongan kanak-kanak
- Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























