Sulit
4 tahun
Ibu positif covid terpaksa jaga anak
1 family saya positif covid trmasuk saya dan tlh dimasukkn ke wad kecuali saya masih kuarantin bersama anak. Saya terpaksa menjaga anak 3 orang yg masih menunggu kputusan.bolehkah saya menjaga anak2 setelah saya didapati positif sedangkan anak masih menunggu jawapan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, sekiranya anda positif dan perlu menjaga anak, anda perlu mempraktikkan kebersihan tangan, elakkan daripada bersentuhan dengan anak melainkan perlu dan sentiasa memakai penutup muka. Selain itu, anda boleh mendapatkan pandangan daripada doktor yang memantau anda untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat dan jelas.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































