
Sulit
5 tahun
Ibu saya ada masalah placenta acreta
Salam sejahtera, saya merupakan remaja berusia 21 tahun dan baru-baru ini, ibu sayaa telah disahkan menghidap sakit placenta acreta. Beliau tidak memahami akan sakit tersebut, bolehkah doktor jelaskan dengan lebih terperinci ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda. Saya akan menerangkan dengan ringkas mengenai penyakit ini.
Untuk makluman pihak anda, placenta accreta merupakan satu keadaan dimana uri tersebut tumbuh terlalu ke dalam dinding rahim. Masalah ini kebiasaanya tidak menyebabkan apa-apa gejala. Ianya dikesan malalui imbasan ultrasound.
Setelah melahirkan bayi, uri harus terpisah dari dinding rahim dan rahim akan perlahan-lahan mengecut ke size yang lebih kecil. Proses pengecutan ini juga penting untuk menghentikan pendarahan. Masalah dengan placenta accreta ini adalah, uri tidak akan terpisah dari rahim. Maka, rahim tidak dapat mengecut dengan baik. Hal ini boleh menyebabkan pertumpahan darah yang banyak.
Oleh itu, kandungan seperti ini selalunya akan manjalani C-section serta pembuangan rahim.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat ibu anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.