
wanmay717
5 tahun
Ibu sya ada lemah jantung dan dinasihat kuramg minum air skang kaki bengkak apa punca doc
Kaki bengkaklemah jantung dan mungkin ginjal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, apabila seseorang mempunyai masalah jantung, terdapat risiko cecair dalam badan untuk bertakung. Jantung tidak boleh mengepam darah dengan berkesan dan efektif. Maka, cecair akan terkumpul pada organ seperti paru-paru dan kaki. Hal ini akan diterukkan lagi jika pesakit yang sama mempunyai masalah buah pinggang. Jika buah pinggang berpenyakit, cecair juga tidak dapat keluar dari badan melalui air kencing. Oleh itu, doktor akan menasihati pesakit tersebut untuk kurang minum air kerana badan tidak mempunyai kapasiti untuk membuang air daripada badan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!