
Sulit
5 tahun
Ikat selepas bersalin
Saya puan amy ingin bertanyakan tentang masalah yg saya alami…selepas bersalin pada tahun 2013 saya telah berikat utk tdk mengandung lagi…dan kini umur anak sudah pun mengjangkau 6 tahun.sekiranya saya ingin mengandung lagi adakah boleh sekiranya sudah pun membuat ikatan mati semasa operation dahulu doc.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan puan, keputusan untuk membuat “reversal procedure of tubal ligation” memerlukan perbincangan dengan pakar bedah serta doktor bius. Hal ini kerana tiub Fallopian yang diikat boleh dibuka semula jika ianya tidak mengalami kerosakan atau tiub tersebut dibuang. Selain itu, faktor kesihatan dan umur juga perlu dipertimbangkan dengan risiko pembedahan dan kehamilan ektopik sekiranya anda mahu membuat prosedur membuka semula tiub Fallopian anda. Anda perlu berbincang dengan doktor pakar bedah anda bagi mencapai kata sepakat. Sekian.