
Sulit
4 tahun
Ikhtiar hamil suami isteri
Saya umur 27 tahun. Suami sya 30 thun . Kmi sudah kawin 3 tahun tp blum ada rezeki dpt anak.mgkn sbb kmi pjj . Jarang jmpa . Boleh x suami saya mkn asid folic? Adakah ia membantu dlldlm kminusha untuk dptkn anak;?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, wanita yang ingin mengandung digalakkan mengambil folik asid selama tiga bulan sebelum mengandung bagi kebaikan anak kandungan. Suami puan tidak perlu mengambil folik asid tersebut dan hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil pemakanan seimbang dan tidak merokok. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.