
Sulit
3 tahun
I’m still confused if I have ocd disorder or not?
Saya sudah merasakan perasaan takut dan gelisah dri kanak-kanak lagi seperti saya akan menyentuh sesuatu berulang kali sehingga saya merasa puas jika tidak saya akan gelisah dan merasa akan terjadi benda buruk. Bahkan jika ingin memakai sesuatu terkadang saya bingung ingin memakai kanan atau kiri. Saya juga akan mencuci tangan berulang-ulang kali ataupun saya akan mengira hingga menemui angka ganjil dan membuat saya sangat terganggu dan sudah merasakan selama bertahun-tahun. Saya harap doktor dapat membantu. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
OCD adalah obsessive compulsive disorder yang mana ia adalah merupakan satu cabang penyakit kebimbangan, keresahan atau kerisauan. Dalam Bahasa Melayu, ia juga dikenali sebagai penyakit was-was. Ia terdiri dari dua komponen iaitu obsesif dan kompulsif . obsesif bermaksud terjadinya fikiran yang berulang dan menetap terhadap sesuatu yang dapat muncul bila-bila masa sehingga menyebabkan pesakit berasa resah dan tertekan. Kompulsif pula adalah kelakuan atau perbuatan yang berulang sebagai salah satu solusi untuk meredakan obsesif pemikiran seperti yang terjadi diatas. Justeru, OCD adalah gabungan diantara pemikiran obsesif tindak balas kompulsif.
Gejala penyakit OCD, seperti definisi penyakitnya adalah terdiri dari dua komponen iaitu komponen obsesif dan kompulsif:
Komponen obsesif
- obsesif pemikiran adalah sentiasa terfikir tentang kebersihan
- Berulang kali memikirkan tentang keselamatan
- Was-was terhadap ingatan atau persepsi tentang sesuatu seperti tentang tutup suis seterika
- Kepatuhan yang jitu dan terlalu tegar terhadap sesuatu peraturan
- Terlalu mementingkan susunan dan simetri
- Pemikiran yang sering terpusatkan terhadap sesuatu tanpa boleh dikacau
Komponen kompulsif
Mencuci tangan berulang kali
Mengecek kunci kereta dan rumah berulang kali
Berulang melakukan hal yang sama seperti apabila menghitung sesuatu barang
Sentiasa menyusun dan mengemas walhal baru sahaja selesai mengemas
Hoarding ataupun sifat suka menimbunkan barang secara berlebihan dan enggan untuk membuang barangan yang sudah tidak diperlukan seperti contohnya baju yang telah lusuh
Biasanya pesakit sering perlu meluahkan isi hati dikeranakan perasaan insecure yang kuat
Mempunyai tabiat suka menyenaraikan sesuatu atau membuat checklist sebagai satu cara kurangkan obsesif fikiran
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri