
Sulit
4 tahun
I’m uni students, 19 y/o female
hi! saya student berumur 19 tahun.
saya selalu berasa nervous sampai rasa mual2 atau terus muntah. sebelum ni waktu presentation,saya rasa takut sampai rasa nak pitam. kadang2, perut pun terasa geli2 & takut tanpa sebab.
Selain tu juga saya ada suicidal thoughts.
Tapi saya taknak self diagnosis sbb tak jumpa lg.
Jadi di web ni available ke psikitiari untuk consult online ? yg kena bayar RM19 tu
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah psikatri boleh menyebabkan simptom-simptom yang anda alami sejak kebelakangan ini. Namun, ia juga boleh disebabkan penyakit otak dalam yang perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Walaubagaimanapun, kemungkinan simptom-simptom yang anda alami seperti mual, muntah, kepitaman, dan juga perut merasakan geli boleh berpunca daripada kegelisahan atau serangan panik yang anda hadapi atas pengaruh persekitaran ataupun emosi serta sejarah trauma yang anda pernah lalui. Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit dalaman seperti gangguan otak atau mental yang perlu disahkan lanjut oleh pakar psikatri.
Gangguan emosi dan kegelisahan juga boleh menyebabkan kecederungan untuk membunuh diri sekiranya ia tidak terkawal. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk mengurankan gangguan stress anda, luangkan masa bersama orang yang tersayang, serta menamalkan gaya hidup dan senaman yang sihat bagi membina keyakinan diri anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk makluman anda, konsultasi atas talian yang anda sebutkan di atas adalah kosultasi bersama doktor-doktor latihan umum. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan mengenai masalah anda. Anda juga boleh melayari laman web ini ataupun menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 sekiranya anda mempunyai kecederungan untuk memperbahayakan orang sekeliling ataupun diri anda sendiri.