
Sulit
4 tahun
Implantation blood of pregnancy
Doc,normal ke early pregnancy ni keluar keputihan yg brownish/warna pink cair? Bahaya ke?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, cecair keputihan yang keluar sewaktu hamil adalah perkara yang normal dan cecair ini akan meningkat sehingga akhir kehamilan. Cecair ini berciri-cirikan sebagai cair, jelas, keputihan dan berbau sedikit.
Namun jika anda mempunyai ciri-ciri cecair seperti ini, anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera:
- cecair bewarna hijau, kuning atau kelabu
- bau busuk yang kuat
- bahagian kelamin anda menjadi gatal, merah dan bengkak
Anda juga perlu segera ke klinik jika cecair yang keluar bewarna merah cerah. Ini adalah tanda yang serius dan perlu dirawat dengan segera. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.