
Sulit
4 tahun
Infection colitus bagaimana nak merawat
hai doktor saya mahu tanya bulan lepas saya telah dimasukkan ke wad kerana cirit birit dan sakit perut. saya disahkan ada penyakit usus infection colitus. saya sudah dikeluarkan dr wad dan diberikan ubat. saya sudah tidak cirit lagi tetapi setiap kali buang air besar pada waktu pagi rasa tidak puas perlu 3 kali baru ok tetapi perut rasa tidak selesa. soalan saya bolehkah saya ambil suplimn lain sbgi tambahan seperti probiotic, gam arab dan kunyit hitam. saya sangat risau dengan sakit ini kerana saya org miskin dan mengganggu hidup saya. saya letih dengan masalah2 hidup dan sangat stress sehingga jatuh sakit. saya ada terfikir untuk bunuh diri kerana merasakan tuhan tidak adil. org miskin boleh menjadi kaya duit boleh simpan dan berkata mereka berusaha keras dan berjaya dlm hidum.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu cirit birit kerana infectious colitis. Hal ini sangat membimbangkan kerana anda boleh mengalami dehidrasi kronik dan menjejaskan produktiviti harian anda.
Anda telah berjumpa dengan doktor dan memakan ubat untuk mengubati cirit birit dan sakit perut. Kami memerlukan lebih banyak maklumat dari anda supaya rawatan tambahan yang sesuai boleh diberikan.
Sila klik pada link ini segera (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami faham anda sangat tertekan dengan penyakit ini sehingga berasa hidup ini tidak adil kerana anda juga golongan berpendapatan rendah dan pada masa yang sama menyukarkan anda mencari pendapatan. Kami harap anda dapat bersabar kerana setiap penyakit ada ubatnya. Tuhan Maha Adil dan meletakkan apa apa ujian kepada hambaNya berdasarkan apa yang hambaNya mampu untuk mengharungi.
Jika anda mengalami episod gangguan emosi sehingga boleh terdapat kecenderungan untuk mencederakan diri ataupun orang sekeliling, anda anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 atau melayari laman web ini untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari serta khuatir akan perburukan penyakit, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.