
shahirahshzri
5 tahun
Ingin hamil selepas jarum perancang
Saya wanita berumur 33 tahun. Saya telah berhenti mengambil suntikan perancang dalam bulan Jun tahun ni. Sejak dari itu, sya xpernah haid sampailah saat ini. Sya dan suami mrancang utk menambah chya mata lg. Apakah cara nya agar sya boleh hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, sekiranya anda telah berhenti mengambil perancangan keluarga, anda boleh merancang kehamilan dengan:
- melakukan persetubuhan pada waktu yang subur
- mengambil supplement asid folik
Walaubagaimanapun, suntikan perancang ini boleh menyebabkan kesan sampingan kitaran haid menjadi lewat dan kurang kesuburan secara sementara sahaja kerana kesannya yang terlebih efektif. namun, ia tidak menyebab kurang kesuburan selama-lamanya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.