
Sulit
4 tahun
Ingin memakai braces tetapi didapati mempunyai lubang pada gigi geraham. bagaimanah pengursannya? adakah mereka akan menampalnya, mencabutnya atau braces boleh dipakai begitu sahaja?
saya remaja berusia 16 tahun. saya mendapati bahawa gigi geraham saya mempunyai lubang. saya sudah pernah melakukan tampalan gigi tetapi ia sudah hancur sekarang. saya ingin memakai braces tetapi bolehkah saya memakainya tanpa rawatan sebelumnya? saya juga agak risau dan tertanya-tanya apa yang doktor akan lakukan. adakah mereka akan menampalnya atau mencabutnya?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara tersebut. Untuk makluman anda, maklumat tambahan mengenai kesesuaian untuk anda memakai pendakap gigi/ braces adalah diperlukan dan dinilai oleh doktor yang merawat anda. Secara umumnya, gigi yang berlubang perlu dirawat dahulu sebelum memasang pendakap gigi. Rawatan gigi berlubang akan bergantung pada keadaan gigi tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi membincangkan kesesuaian rawatan yang diperlukan anda.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga .