Sulit
4 tahun
Ingin mempunyai anak
Assalamualaikum hi doktor, saya sudah 5 bulan berkahwin dan ingin mempunyai zuriat. Tapi kenapa saya belum dapat anak. Boleh doktor perjelaskan. Period saya regular dan saya bukan retroverted. Saya sudah cuba untuk menggunakan opk , tapi masih belum lekat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah untuk mendapatkan zuriat ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Faktor wanita seperti ketidakseimbangan hormon, masalah rahim tidak kuat
- Faktor lelaki seperti sperma tidak cukup, sperma tidak sihat
- Faktor genetik seperti kecacatan genetik apabila berlaku persenyawaan
Untuk mengatasi masalah ini sebelum rujukan pakar dibuat, pasangan yang inginkan zuriat perlu melakukan hubungan kelamin sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan sekiranya selepas setahun mencuba masih gagal untuk mendapat anak, maka pemeriksaan lanjut oleh pakar bersama anda dan suami anda boleh dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian untuk konsultasi lanjut. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.