
Sulit
4 tahun
Ingin mengandung tetapi tidak ovulate
Saya wanita berusia 27 tahun… Dulu haid saya tidak teratur.kadang2 sebulan tidak dtg… Tpi sekarang teratur… Dalam sebulan tepat masa ada kala dtg bulan awal sebelum hari nya… Saya ingin bertanya, saya baru saja berkahwin pada bulan 1 march tahun ini. Tetapi sekrang sya msih belum lagi mengandung. Saya selalu lihat di internet cara mengandung dgn cepat. Di antaranya adalah ovulation. Masalahnya skrg… Saya ada beli ovulation stick … Saya selalu test …sebelum dn sesudah haid… Tpi tetap negative… Masih boleh kah saya mengandung kalau tidak ovulate? Berat bedan saya 100kg.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kehamilan hanya berlaku sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai masalah dalam ovulasi. Waktu subur wanita pada biasanya akan berlaku pada waktu 2 minggu selepas tarikh terakhir kedatangan haid yang lepas. Ovulasi adalah penting kerana ia menandakan pengeluaran sel ovum wanita yang akan disenyawakan dengan sel sperma untuk menghasilkan janin.
Sekiranya anda mempunyai masalah ovulasi, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Senaman yang berlebihan
- Tekanan stress yang berlebihan
- Hormon prolactin yang berlebihan
- Obesiti atau berat badan terlalu ringan
- Penyakit kegagalan ovari pramatang (Premature ovarian failure)
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Masalah tiroid
- Penyakit menopaus pramatang (Perimenopause)
- Kanser ovari
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar sakit puan atau doktor fertiliti bagi mengetahui puncamasalah ovulasi anda dengan lebih lanjut. Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami masalah lain seperti:
- Sakit senggugut yang tidak berkait dengan haid
- Haid yang tidak teratur secara berpanjangan
- Ketumbuhan bulu roma pada badan yang tidak terkawal
- Kegatalan atau pengeluaran lendiran keputihan yang aneh
- Masalah kencing
- Simptom tiroid seperti menggigil dan berpeluh malam.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.