
Sulit
3 tahun
Ingin menggugurkan kandungan
Saya berumur 22 tahun, kini sedang hamil 3 bulan lebih tetapi saya ingin menggugurkan kandungan kerana saya belum berkahwin. Adakah selamat untuk saya mengambil pil keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami situasi anda di mana anda mengalami kehamilan yang tidak dirancang.
Untuk makluman anda, menggugurkan kandungan tanpa sebab yang mendesak adalah salah di sisi undang-undang. Anda tidak disarankan untuk mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menggugurkan kandungan tanpa nasihat doktor kerana boleh memudaratkan anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat dan sokongan.
Terima kasih.