
Sulit
3 tahun
Inginkan kesempurnaan sehingga takut membuat sesuatu perkara dan memikirkannya terlalu lama
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya berumur 19 tahun.Saya selalu susah dan takut untuk berbalas chat dgn org ,kadang mengambil masa terlalu lama untuk menaip setiap perkataan sehinggakn saya menulisnya di tempat lain dahulu bagi menyusun setiap perkataan yang ingin saya perkatakan agar tidak tersalah anggap dan tdk menyinggung perasaan org.Saya jgk selalu berfikir secara sendirian seolah seperti bercakap dengan seseorang untuk memberitahu cerita yg ingin saya kongsikan samada sesuatu perkara yang menarik ataupun sebaliknya.Awalnya saya berbuat sedemikian kerana ingin merancang setiap tutur kata supaya mudah untuk diceritakan kpd kawan saya tetapi itu sekadar hanya pemikiran yang sia sia shj dan membuang masa kerana saya tidak pon menceritakannya kpd kawan saya seperti apa yg saya fikirkan sblm ini.Persoalannya adakah perbuatan saya ini normal,jika tidak apakah jenis penyakit yang saya hidapi ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah bipolar
- Masalah personaliti
- Masalah ADHD
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Sekiranya diperlukan dan anda bimbang ianya adalah penyakit psikiatri, terdapat beberapa persatuan yang boleh anda hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/