
Sulit
4 tahun
Injap jantung bocor sedikit, adakah penyakit yang serious? Im scared
Saya lelaki, berumur 22 tahun. Saya sudah menjalani echo di hospital dan doktor mendapati satu injap jantung saya bocor sedikit. Doktor mengatakan ianya normal melainkan sekiranya bocor yang teruk, pembedahan akan dilakukan. Adakah penyakit ini sama dengan penyakit serangan jantung, cardiac arrest atau angina?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Secara amnya, kerana anda sedang berada dibawah rawatan seorang doktor. Adalah lebih baik anda melanjutkan pertanyaan yang lebih terperinci dengan doktor anda, kerana mereka mempunyai data yang lebih khusus terkait kondisi sebenar kesihatan tubuh & organ jantung anda.
Namun secara kasarnya, cardiac arrest adalah keadaan dimana jantung berhenti berdenyut. Gangguan jantung ini dapat berlaku akibat dari
- serangan jantung
- penyakit saluran darah koronari
- kardiomiopati
- penyakit jantung kongenital
- miokarditis akut
- gangguan injap jantung
Angina pula sinonim dengan kondisi kesakitan (mencucuk) pada dada kiri yang lazimnya terkait dengan gangguan pada saluran darah koronari.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!