Sulit
4 tahun
Insufficient Progesterone
Saya wanita berusia 42 tahun. Baru-baru ini saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana 6 bulan saya tidak datang haid. Hanya datang haid bila saya mengambil pil norethisterone. Doktor membuat scan pada rahim dan didapati saya mengalami insufficient progesterone. Persoalannya adakah suplemen atau ubat²an untuk mengatasi masalah ini. Saya belum bersedia untuk mengalami perubahan menopous.Tolong cadangkan apa yang perlu saya makan untuk masalah saya ini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Mengenai masalah progesteron yang rendah, anda boleh lakukan beberapa langkah berikut sebagai usaha untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap hormon progesteron di dalam badan anda:
- Mengurangkan berat badan: Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, mengurangkan berat badan dapat mengekalkan kitaran haid dan mengawal imbangan progesteron dan estrogen
- Mengurangkan tekanan
- Elakkan bersenam secara berlebihan: Bersenam secara berlebihan juga dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Menggunakan pil perancang: Pil perancang membantu dalam mengatur kitaran haid dalam kalangan wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























