
Sulit
3 tahun
Iron Pyrophosphate untuk wanita mengandung
Hi doktor, saya ada terbaca artikel yang doktor tulis di dalam forum yang mengatakan iron pyrophosphate membahayakan bayi belum lahir. Tetapi artikel tersebut diambil dari satu website Everydayhealth. Di dalam artikel tersebut ia merujuk kepada Ubat Triferic yang sememangnya tidak selamat untuk wanita mengandung. Adakah Ubat Triferic sama dengan supplement iron pyrophosphate? Jika tidak, artikel yang di share di forum ini telah memberi maklumat yang salah. Mohon beri penjelasan. Terima kasih, Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat Triferic dan iron pyrophosphate adalah ubat yang sama. Triferic adalah nama dagang iron pyrophosphate.
Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor