
Sulit
3 tahun
Isteri saya ada talasimia boleh ke dia sunti vaksin astrazeneca?
steri saya ada talasimia boleh ke dia sunti vaksin astrazeneca?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa isteri anda mempunyai keadaan kesihatan talasemia dan anda ingin mengetahui jikalau beliau boleh mengambil vaksin.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan.Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini