
Sulit
5 tahun
Isteri saya kerap kencing ketika mengandung
Selamat pagi saya nak tanya ape punca berlaku kerap berlaku kencing ketika sekarang ia mengandung

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, kerap kencing dalam kalangan wanita hamil adalah sesuatu yang normal melainkan disertai oleh gejala lain seperti demam, sakit ketika buang air kecil, sakit perut, dan sebagainya. Jika tiada sebarang gejala lain, maka kemungkinan besar ia adalah suatu yang normal kerana rahim wanita hamil selalunya meghimpit pundi kencing dan salur kencing. Kesannya, wanita hamil akan kerap membuang air kecil.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.