
nickzakwannik
5 tahun
Isteri sy masalah haid selepas sebelum ini normal
Isteri sy, kami tidak melakukan persetubuhan, tetapi setiap kali bersama, kami Kadang2 melakukan masukkan tangan pd bahagia faraq sahaja, ap disebabkan perbuatan tu, haid isteri sy terganggu. Sebelum ini haid isteri sy normal seperti biasa, sebelum ini kami ad melakukan, tapi tak jejaskan haid isteri sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebarang aktiviti seksual kebiasaannya tidak mempengaruhi kitaran haid wanita.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.