bretryan.lazurus
4 tahun
Isu kehamilan dan sakit perut pada kiri dan kanan perut
Hello doktor. Saya lelaki berusia 21 tahun. Pada 2 minggu yang lepas, saya telah melakukan hubungan seks dengan teman wanita saya dan kami tidak menggunakan sebarang alat pencegah kehamilan. A day after having sex, teman wanita saya consume the postinor-2. And after 2 weeks dia belum datang haid. Tapi dia jenis yang have irregular period. So she cant tell when was the exact date she will get period. Recently, dia mengalami sakit perut pada bahagian kiri dan kanan perut. Saya sangat memerlukan bantuan dan nasihat daripada doktor. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini. Antarnya ialah:
Kehamilan - melangkau tempoh haid, pendarahan sedikit, kekejangan, rasa loya, kemuntahan, perubahan emosi, perubahan payudara, keinginan makanan, rasa lemah, cepat letih.
Keguguran
Kehamilan ektopik: rasa loya and kemuntahan, sakit perut yang tajam, kelemahan, kepeningan, sakit tajam di bahu, demam.
-Endometriosis - sakit yang terlampau ketika haid, sakit ketika hubungan seksual, sakit ketika membuang air kecil atau air besar, pendarahan yang terlampau ketika haid, kemandulan, keletihan, perut kembung.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih