
Sulit
4 tahun
Isu ttg COVID19 - mendapat Notis dari My Sejahtera ttg covid 19
Anak saya mendpt notifikasi yh beliau " may have contact with a Covid individual", dan menasihatkan jika mengalami simptom perlu membuat test Covid. Soalan, adakah anak saya dlm kategori “close contact”? Dan mcm mana kita nak dpt info dimana covid individu atau dimana lokasi individu tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai keadaan anak anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, kami kurang pasti sama ada anak anda berada dalam kategori kontak rapat ataupun tidak memandangkan maklumat lanjut perlu diketahui dan disiasat dengan lebih teliti.
Berkenaan individu yang positif COVID-19, kita tidak dapat mengesan individu yang positif dan lokasinya memandangkan MySejahtera hanya melaporkan berapa kes yang terdapat dalam radius 1km dari tempat tinggal anda. Tujuan maklumat individu yang positif dirahsiakan adalah kerana untuk menjaga hak dan privasi pesakit.
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID-19 atau masalah lain Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Justeru, anak anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini, anak anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda dan anak anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Anda juga boleh klik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini